Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Majlis Ibadah Korban Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Bagi Tahun 1445H / 2024M
19/06/2024



Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan dibawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan JPM. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan-Timbalan Menteri, Jemputan-Jemputan Khas, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, para Pegawai dan Kakitangan JPM dan Jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan ceramah khas bertajuk ‘Erti Sebuah Pengorbanan dalam Islam’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah yang dipimpin oleh pegawai dan kakitangan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).

Majlis seterusnya diikuti dengan pengagihan daging-daging korban oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Tetamu Kehormat Majlis; Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) dan Yang Mulia Awang Haji 
Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri kepada empat puluh lapan (48) orang penerima yang terpilih terdiri daripada kalangan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan dibawahnya dan seramai seratus dua puluh empat (124) orang penerima dari golongan asnaf fakir miskin yang berdaftar dibawah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dikepalai oleh Yang Mulia Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen.

Sebanyak empat (4) ekor kerbau telah dikorbankan bagi majlis tersebut, yang mana Ibadah Korban ini adalah antara amalan-amalan sunat yang sangat dituntut (Sunat Muakkad) yang seterusya dapat melahirkan rasa syukur terhadap nikmat hidup yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di samping itu, ibadah ini juga dapat memupuk sikap pemedulian dan keperihatinan terhadap masyarakat sekaligus mengeratkan lagi tali 
persaudaraan sesama umat Islam.

Majlis Ibadah Korban ini merupakan antara acara keugamaan tahunan Jabatan Perdana Menteri yang mana pada kali ini ianya dikelolakan oleh oleh Pejabat Suruhanjaya Perkidmatan Awam (SPA) dengan kerjasama Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri selaku pengendali bersama​