Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik
02/07/2024

jpm_020724.jpg

Sempena memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ke-41 Tahun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Berakas, di sini.

 

Hadir pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Doa Khas sempena memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik Ke-41 Tahun yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash Shaliheen, Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

 

Acara kemudian diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

 

Majlis Doa Kesyukuran diadakan sebagai tanda merafakkan syukur dan seterusnya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar melimpahkan kurnia kesihatan, panjang umur dan kesejahteraan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia dan juga kerabat diraja yang lain.

 

Juga hadir, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto