Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat ke Majlis Sambutan llal Hijrah 1446
07/07/2024

hm_070724.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Sambutan llal Hijrah 1446 yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan llal Hijrah 1446; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Terdahulu, Doa Akhir Tahun Hijrah dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama.

 

Sejurus itu, sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan sebelum Azan Fardu Maghrib dilaungkan pada jam 6.37 petang.

 

Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang juga mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan selanjutnya memimpin bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan majlis.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir.

 

Sambutan llal Hijrah 1446 dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan dengan tema Sambutan llal Hijrah 1446, 'Memelihara Akal, Masyarakat Sejahtera'.​

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto