Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
09/07/2024

hm_0907241.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama John Virgoe dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke NBD, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun, yang akan menamatkan perkhidmatan.

 

Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British ke NBD telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 September 2020.

 

Sementara, Tuan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke NBD telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.

 

Majlis-majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman. ​

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto