Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
DPMM berkenan menerima mengadap
10/07/2024

dpmm_1007241.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun yang akan menamatkan perkhidmatan yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, hari ini.


Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 September 2020.


Tuan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

‚Äč