Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Majlis Bertahlil sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-31
26/09/2024

mjpm_260924.jpg 


Jabatan Perdana Menteri (JPM) petang tadi mengadakan Majlis Bertahlil sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-31 yang diadakan di Makam Kubah Diraja, Jalan Tutong, di sini.

 

Majlis berkenaan adalah khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Hadir ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-31 Tahun 2024; dan Pemangku Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu.

 

Mengetuai bacaan Tahlil di majlis tersebut adalah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Tanah Jambu, Awang Mohd. Saifullah bin Rosli. 

 

Juga hadir, Timbalan Menteri di JPM (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; dan Timbalan Menteri di JPM (Tenaga), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-31 Tahun 2024. 

 

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto