Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) diraikan untuk menghargai sumbangan dan jasa warga Perkhidmatan Awam (PA) di negara ini.
Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran Majlis Sambutan Kemuncak HPA Kali Ke-31, Tahun 2024, pagi tadi diadakan latihan penuh bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.
HPA Ke-31 akan berlangsung pada Isnin, 30 Oktober 2024 dengan membawakan tema 'Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara'.
Hadir menyaksikan latihan penuh tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Kali Ke-31, Tahun 2024.
Turut hadir, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu; dan Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah, selaku Timbalan-timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Kali Ke-31, Tahun 2024.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto