Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan Premier of the State Council, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Qiang serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China sempena dengan Ulang Tahun Ke-75 Pengasasan Republik Rakyat China.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto