Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat mengalu-alukan ketibaan YDP Agong Malaysia
13/10/2024

dpmm_131024.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, pagi tadi berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII (Ke-17), Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang akan mengadakan Keberangkatan Negara selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam (NBD).


Juga berangkat bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah paduka-paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik selaku Kerabat Diraja Pengiring, dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Berangkat mengiringi Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Temenggong Johor.


Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong seterusnya disembahkenalkan kepada Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Menteri Pengiring; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin; dan pasangan masing-masing.


Duli Yang Teramat Mulia kemudian disembahkenalkan kepada rombongan rasmi Malaysia.


Ini merupakan Keberangkatan Negara pertama Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke NBD setelah Sultan Ibrahim ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 pada 20 Julai 2024.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto