Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Khatam Al-Quran sempena ulang tahun penubuhan Masjid SSBRPAD
25/10/2024

jpm_251024.jpg

Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD), Kampung Manggis/Madang pagi tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Masjid tersebut.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof.


Turut hadir ialah Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan di bawah JPM dan Kementerian Pertahanan serta Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta penasihat-penasihat dan ahli-ahli Takmir Masjid SSBRPAD.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II dan seterusnya diikuti dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran beramai-ramai bersama 79 orang qari dan 79 qariah terdiri dari pelajar-pelajar yang mengikuti kelas mengaji di Masjid SSBRPAD serta jemaah masjid lelaki dan jemaah Muslimah.


Kemudian, diteruskan dengan bacaan Takhtim yang dikepalai oleh Dayang Hajah Samainah binti Haji Osman dan diserikan lagi dengan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Awang Haji Kadir bin Kurus.


Sementara itu, bacaan Doa Khatam dibacakan oleh Awang Haji Md. Noor bin Hj Ibrahim, manakala Doa Peliharakan Sultan oleh Imam Masjid SSBRPAD, Kampung Manggis / Madang, Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Haji Kamsani.


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama para peserta khatam dengan tetamu kehormat.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto