Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Gran Cornedor, Republik Peru bagi menghadiri Majlis Santap Negara Tengah Hari bersempena dengan Keberangkatan Negara ke Republik Peru yang dihoskan oleh Presiden Republik Peru, Puan Yang Terutama Dina Ercilia Boluarte Zegarra.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Sebelum berangkat dari Government Palace, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan dengan ucapan selamat berangkat daripada Puan Yang Terutama Presiden Republik Peru.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto