Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan Oman dan kerajaan serta rakyat Kesultanan Oman bersempena dengan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto