![dpmm_261224.jpg](/PublishingImages/Lists/Berita%20JPM%202022/AllItems/dpmm_261224.jpg)
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan, pagi ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hokseng yang akan menamatkan perkhidmatan.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Februari 2023.
Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Qashr Al-Meezaan.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto