Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan hantar titah perutusan takziah
30/01/2025

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, kerajaan dan rakyat Republik Amerika Syarikat berikutan dengan kejadian nahas pelanggaran kapal terbang American Airlines Flight 5342 dengan helicopter 'Blackhawk' Tentera Amerika Syarikat yang telah mengorbankan banyak nyawa berdekatan Lapangan Terbang Ronald Reagan Washington baru-baru ini.

Sumber berita Pelita Brunei​