Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat tiba di Harbin, Heilongjiang Province
06/02/2025

hm_0602255.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di Harbin Taiping International Airport bagi menghadiri Majlis Pembukaan Asian Winter Games Ke-9 yang akan berlangsung pada 7 Februari 2025.


Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Chairman of the Heilongjiang Provincial Committee of the Chinese People's Political Consultative Conference, Mr. Lan Shaomin; dan Deputy Director General, Heilongjiang Provincial Foreign Affairs Office, Ms. Liu Yan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto