Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat meninggalkan Harbin, Republik Rakyat China
07/02/2025

hm_0702251.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat bertolak dari Harbin, Republik Rakyat China selepas menghadiri Majlis Pembukaan Asian Winter Games Ke-9.


Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.


Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Harbin Taiping bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Chairman of the Heilongjiang Provincial Committee of the Chinese People's Political Consultative Conference, Lan Shaomin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Rakyat China, TYT Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto