Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Tadarus Al-Quran JPM buka tirai
06/03/2025

jpm_060325.jpg

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini membuka tirai Majlis Tadarus sempena Ramadan bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi, bertempat di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Kiudang, Daerah Tutong, di sini. 


Majlis Tadarus berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. 


Hadir selaku ketua rombongan pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu.


Turut hadir ialah Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan para pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.


Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Tadarus Al-Quran bermula dari juzuk 1 yang dimulakan oleh ketua rombongan majlis.


Majlis disusuli dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa satu unit 'wireless microphone' dan satu unit pencetak 3-in-1 yang disampaikan oleh Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mahri bin Haji Metusin merangkap Ketua Imam masjid berkenaan.


Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto