Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Majlis Bertadarus di Istana Nurul Iman diteruskan
06/03/2025

mjpm_060325.jpg

Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi diadakan bagi malam kelima dengan kehadiran kira-kira 800 orang di dua tempat secara berasingan.


Hadir pada majlis yang berlangsung di Surau, Istana Nurul Iman, di sini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz dan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah diimamkan oleh Awang Mohamad Aizat bin Haji Ahmad dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).


Tazkirah bertajuk 'Fadilat Surah Al-Baqarah Ayat 1-5' turut menyerikan lagi acara berkenaan, masing-masing disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Muhammad Salihan bin Samra di ruangan jemaah lelaki, manakala Pegawai Perkembangan Ugama, Unit Da'wah Daerah Temburong, PDI, Dayang Nurul 'Ain binti Mohd. Redzuan @ Jasmona anak Janteang pula di ruangan jemaah perempuan.


Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pertahanan serta pegawai dan guru ugama Jabatan Pengajian Islam (JPI).

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto