Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Majlis Berbuka Puasa eratkan silaturahim
06/03/2025

mjpm_0603251.jpg

Bagi meraih keberkatan dan seterusnya mengeratkan silaturahim di bulan suci Ramadan, Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam (NBD) mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung di Berkshire Hall, Tarindak D'Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.


Majlis Berbuka Puasa berkenaan dihoskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi Ke NBD, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah H. Al-Buraithin.


Hadir pada majlis berkenaan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.


Juga hadir ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad.


Turut hadir ialah Duta-duta Besar, pegawai-pegawai kanan kerajaan NBD dan jemputan-jemputan khas.


Majlis didahului dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan berbuka puasa dan  menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, sebelum menikmati jamuan.


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan ramah mesra bersama jemputan yang hadir.


Majlis seumpama berkenaan dihasrat dapat mempertingkatkan lagi keakraban hubungan yang sedia terjalin dan secara tidak langsung memudahkan interaksi secara tidak formal mengenai isu semasa termasuk kebudayaan, sosial dan sebagainya.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto