Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
YSHHB adakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja
06/03/2025

mjpm_0603252.jpg

Bersempena bulan Ramadan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) pagi tadi mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.


Berangkat di majlis berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB.


Hadir menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Ahli Jemaah Tadbir YSHHB; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.


Bacaan Yaa Siin dan tahlil diketuai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid.


Juga hadir, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah YSHHB; Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim; pegawai-pegawai dan kakitangan YSHHB, ahli-ahli Alumni Sultan's Scholar YSSHB, pelajar-pelajar Sekolah Menengah YSHHB; sukarelawan YSHHB; serta penduduk Kampung Bolkiah 'A' dan Kampung Bolkiah 'B'.


Majlis adalah salah satu daripada aktiviti tahunan YSHHB di bulan Ramadan yang mulia ini.​

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto