Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Raptai Nuzul Al-Quran berjalan Lancar
14/03/2025

mjpm_140325.jpg

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah akan diadakan pada Isnin malam Selasa, 17 Ramadan 1446 Hijrah bersamaan 17 Mac 2025 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pukul 9.00 malam.


Dalam memastikan kelancaran sambutan itu nanti, telah diadakan latihan penuh majlis tersebut bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.


Hadir bagi menyaksikan latihan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1446 Hijrah.


Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin bersama dengan Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Dato Seri Paduka Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; Timbalan Menteri (Keselamatan dan Undang-Undang) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.


Tema bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1446H ialah 'Akal Sihat Dengan Al-Quran'. Majlis tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS; dan Imagine Sdn. Bhd.


Antara pengisian acara ialah pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446H dan keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1446H.


Majlis akan diserikan dengan persembahan peserta terbaik bagi setiap kategori.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto