
Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa diserikan dengan Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah dan Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1446 Hijrah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada semua peserta.
Terdahulu, Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah dan Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1446 Hijrah telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, selaku Pengerusi Jemaah Hakim.
Bagi Kategori 'A', iaitu Menghafaz 1 Juz Al-Quran iaitu Juz 30 dan berserta Pemahaman Juz 30 Terbuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2012 dan selepasnya, yang mana johan disandang oleh Dayang Nur Sofiyyah Solehah binti Mohammad Fikri dengan memperoleh markah 98.59 peratus.
Naib Johan, Dayang Alya Sofiyyah binti Abdul 'Azim dengan memperoleh markah 98.48 peratus, diikuti tempat ketiga, Dayang Nur Syifa Hasanah binti Mohammad Fikri dengan memperoleh markah 98.41 peratus.
Para pemenang bagi Kategori 'A', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah BND1,500 untuk johan, manakala naib johan menerima wang tunai berjumlah BND1,000 dan di tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND750.
Kategori 'B' pula ialah Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Yaa Siin, Surah Ad-Dukhan, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Jumu'ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Jinn dan Surah Al-Insaan dan berserta pemahaman Surah Al-Qasas dan Surah Al-Ankabut.
Johan disandang oleh Dayang Nur Abidah Bazilah binti Haji Rosmin dengan memperoleh markah 98.08 peratus, sementara naib johan jatuh kepada Dayangku Wajihah binti Pengiran Khairul Nazri dengan memperoleh markah 97.60 peratus, dan tempat ketiga dengan memperoleh markah 97.24 peratus ialah Awang Ahmad Dhabit bin Haji Abdul Lamit.
Para pemenang bagi Kategori 'B', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah BND2,000 untuk johan, manakala naib johan menerima wang tunai berjumlah BND1,500 dan di tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND1,200.
Sementara bagi Kategori 'C' terbuka kepada semua peringkat umur, iaitu Menghafaz 3 Juz Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-'Imran berserta Pemahaman Surah Yusuf, Surah Ar-Ra'ad dan Surah Ibrahim, yang mana johan pertandingan disandang oleh Awang Abdul Matin bin Zulnorein dengan memperoleh markah 97.80 peratus, sementara naib johan jatuh kepada Awang Abdul Rasyid bin Haji Mohammad Norazmi dengan memperoleh markah 97.02 peratus, dan tempat ketiga dimiliki oleh Awang Mohammad Ahmed Maahee bin Haji Samry dengan memperoleh markah 96.70 peratus.
Johan membawa pulang wang tunai berjumlah BND2,800, hadiah iringan dan sijil penyertaan, diikuti dengan naib johan menerima wang tunai berjumlah BND2,000, hadiah iringan dan sijil penyertaan, dan tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND1,500, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Bagi Kategori 'D' pula ialah Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta pemahaman Surah As-Saffat, Surah Sad dan Surah Az-Zumar, dan terbuka kepada semua peringkat umur. Johan kategori berkenaan dijuarai oleh Dayang Nur Kamaliah binti Haji Jahari dengan memperoleh markah 98.51 peratus, sementara naib johan memperoleh markah 98.16 peratus, disandang oleh Dayang Nur Najihah binti Alias, dan tempat ketiga ialah Dayangku Nurfaiezah binti Pengiran Haji Kamaluddin dengan memperoleh markah 96.35 peratus.
Johan, Naib Johan dan pemenang di tempat Ketiga bagi Kategori 'D', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah BND3,500; BND2,500; dan BND2,000.
Kategori 'E' pula ialah Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Surah Ali-'Imran dan Surah An-Nisa, yang mana johan kategori berkenaan disandang oleh Awangku Muhammad Abdul Qadir bin Pengiran Haji Ibrahim dengan memperoleh markah 98.48 peratus, semenata naib johan disandang oleh Awang Mohamed Shahmie bin Mohamed Shalahudeen dengan memperoleh markah 97.66 peratus, dan berada di tempat ketiga ialah Dayangku Nurol Hafizah binti Pengiran Haji Tejudin dengan memperoleh markah 97.21 peratus.
Para pemenang bagi Kategori 'E', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah BND5,000 untuk johan, manakala naib johan menerima wang tunai berjumlah BND3,500 dan di tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND2,500.
Dalam pada itu, Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1446 Hijrah juga menyaksikan pemenang bagi Kategori 10 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 10 yang dijuarai oleh Hanin Mashlahah dari Republik Indonesia dengan memperoleh markah 97.27 peratus.
Sementara naib johan dimiliki oleh Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dari Negara Brunei Darussalam dengan markah 95.41 peratus, manakala tempat ketiga jatuh kepada Aisyah Nabihah binti Noor Hisham dari negara Malaysia dengan memperoleh markah 93.75 peratus.
Bagi Kategori 30 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 24 pula menyaksikan johan disandang oleh Muhammad Haikal Al Ghifari dari Republik Indonesia dengan memperoleh markah 98.32 peratus, sementara naib johan dijuarai oleh Muhammad Rifaei bin Mat Zuki dari negara Malaysia dengan memperoleh markah 94.93 peratus, dan tempat ketiga jatuh kepada Awang Muhammad Mughni bin Haji Mohd. Salleh dari Negara Brunei Darussalam dengan memperoleh markah 88.50 peratus.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto