Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Selamat meluaran seorang puteri
09/04/2025




Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini memaklumkan bahawasanya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, telah selamat meluaran seorang puteri pada Rabu, 10 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 9 April 2025 Masihi, jam 6.54 pagi.

Sempena dengan meluaran ini, sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman.