​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam, kerajaan dan rakyat Republik Singapura berikutan dengan kembalinya ke rahmatullah Puan Noor Aishah, isteri kepada Yusof lshak, bekas Presiden Pertama Republik Singapura.
Sumber berita Pelita Brunei