Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi dengan membawa tema 'Akal Sihat Dengan Al-Quran', malam tadi.
Berangkat sama ke majlis tersebut ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2025M dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2025M.
Turut menjunjung keberangkatan tiba, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2025M dan Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, selaku Pengendali Bersama Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2025M.
Juga menjunjung keberangkatan tiba, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof selaku Pengendali Bersama Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2025M dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta Jawatankuasa Kerja Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446H / 2025M.
Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qari Jemputan dari Malaysia bersama keluarga iaitu Haji Azraie bin Dato' Haji Abdul Hak; Hajah Sarrul Munirah binti Haris serta anak-anak iaitu Athirah binti Haji Azraie; Ahmad Asyraf bin Haji Azraie; Ahmad Abrar bin Haji Azraie; Arifah binti Haji Azraie; Ahmad Azfar bin Haji Azraie; Adirah binti Haji Azraie dan Ahmad Ammar bin Haji Azraie.
Kemudian majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Pada majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah dan kemudian dijunjung menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah, cenderamata dan sijil kepada para peserta Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446H / 2025M, para hakim musabaqah dan qari jemputan.
Dengan mengutip markah 92.58 peratus, johan qari dimenangi oleh Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili. Naib johan disandang oleh Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri dengan meraih markah 91.65 peratus, manakala tempat ketiga disandang oleh Pengiran Muhd. Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki dengan markah 91.42 peratus.
Sementara, johan qariah diraih oleh Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki dengan mengutip markah 87.99 peratus. Naib johan dimenangi oleh Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri dengan markah 87.99 peratus, sementara tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat dengan markah 87.16 peratus.
Johan qari dan qariah membawa pulang piala pusingan, wang tunai BND7,000 dan Pakej Haji bagi Kali Pertama Mendapat Johan; Piala Pusingan, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan; Pakej Umrah bernilai BND5,000 sumbangan daripada Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad; Akaun Simpanan Tekad Haji berjumlah BND5,000 sumbangan daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd., dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd.; dan Sebidang Kain Tenunan Brunei sumbangan daripada Syarikat Little Ummi.
Manakala naib johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang wang tunai BND5,000; Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan; Akaun Simpanan Tekad Haji berjumlah BND2,500 sumbangan daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn Bhd dan tempat ketiga menerima wang tunai BND3,000; Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan; Akaun Simpanan Tekad Haji berjumlah BND1,500 sumbangan daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd.
Pengumuman keputusan musabaqah berkenaan diumumkan oleh Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali selaku Pengerusi Jemaah Hakim.
Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh johan qari, Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili dan qariah, Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki.
Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Musabaqah tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto