Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
NBD - Republik Kosovo meneroka kerjasama ekonomi, hubungan rakyat
05/05/2025

 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Majlis Perjumpaan Dua Hala dengan Presiden Republik Kosovo, Puan Yang Terutama Dr. Vjosa Osmani-Sadriu di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman.

Majlis Perjumpaan Dua Hala berkenaan antara lainnya membincangkan isu dua hala dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, khususnya, meneroka cara untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua buah negara terutama sekali penandatanganan Visa Waiver Agreement yang akan memudahkan serta membuka jalan bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan menandatangani Agreement between the Republic of Kosovo and the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on Visa Exemption for Ordinary, Diplomatic and Official Passports bersama PYT Presiden Republik Kosovo.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto