Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
237 kakitangan BSJV terima penghargaan
17/05/2025

 


Sebagai penghargaan atas komitmen berterusan dan sumbangan bersama Brunei Shell Joint Venture (BSJV), seramai 237 kakitangan diraikan pada BSJV Long-Service Emblem Award Ceremony yang berlangsung di The Empire Brunei, di sini.

Para penerima terdiri daripada 188 kakitangan Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP), 45 kakitangan Brunei LNG Sdn. Bhd. (BLNG), dan empat kakitangan Brunei Shell Marketing Company Sdn. Bhd. (BSM).

Mereka merupakan kakitangan yang mencapai tahap perkhidmatan cemerlang selama 25, 30, 35 dan 40 tahun bersama BSJV bagi tahun 2023 dan 2024.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan anugerah perkhidmatan jangka panjang kepada para penerima, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Tenaga) di JPM, Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) di JPM, Awang Mohammad Nizam bin Haji Ismi; Pengarah Urusan Petroleum Authority of Brunei Darussalam, Awang Shamir Salahuddin; Pengarah Urusan BSP, Johan Atema; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BLNG, Adeleye Falade; Pengarah Urusan BSM, Kapten Mohammed Alexirwan bin Haji Omar; dan Vice President dan Shell Country Chair in Brunei Darussalam, Henry Frank Bristol.

Kehadiran mereka bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah BSJV dan pasukan kepimpinan menzahirkan penghargaan kolektif terhadap perkhidmatan berterusan para pekerja.

Pengiktirafan para kakitangan yang diraikan menunjukkan penghargaan BSJV terhadap aset utamanya, iaitu rakyat serta nilai kepakaran dan pengalaman jangka panjang yang mereka sumbangkan dalam organisasi.

Sementara itu, Pengarah Urusan BSP menjelaskan, semua pencapaian diraih seiring dalam melahirkan generasi baharu jurutera, saintis IT, pengatur cara, akauntan, pemimpin dan yang paling penting ialah rakyat Negara Brunei Darussalam (NBD) ke arah pembangunan mampan untuk kualiti hidup yang tinggi.

Beliau turut mengakui bahawa pengalaman yang mereka miliki adalah amat berharga untuk dikongsi sekali gus memacu bakat muda NBD menuju Wawasan Brunei 2035.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto