Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi dan Duli Yang Teramat Mulia Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi dan kerajaan serta rakyat Arab Saudi sempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang Ke-95 negara tersebut.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto