Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
DPMM berkenan menerima mengadap
19/01/2023
dpmm_190123.jpg 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, pagi tadi berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong dan isteri, Puan Loo Tze Lui. 

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. 

Turut hadir ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos. 

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah dan Tuan Yang Terutama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, antara lainnya membincangkan mengenai pengukuhan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, termasuk kerjasama dalam bidang sektor awam, pendidikan dan pelaburan. 

Menyertai TYT dan isteri pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan dan isteri, Puan Joy Balakrishnan; serta Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Heng Aik Yeow dan isteri, Puan Lee Li-Shyen. 

Selesai Majlis Mengadap berkenaan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah seterusnya berangkat menghoskan Majlis Santap Tengah Hari bagi meraikan TYT Lawrence Wong dan isteri serta rombongan yang mengadakan Lawatan Rasmi selama dua hari ke negara ini. 

Majlis Mengadap dan Santap Tengah Hari tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

‚Äč