
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap secara berasingan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, Tuan Yang Terutama Lim Hokseng; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa yang akan menamatkan perkhidmatan.
Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, TYT Lim Hokseng.
TYT telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Februari 2023.
DYTM seterusnya berkenan menerima mengadap, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam ,TYT Tran Van Khoa yang akan menamatkan perkhidmatan.
TYT telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Jun 2020.
Majlis-majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.
Sumber berita Pelita BruneiSumber foto InfoFoto