Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi, kerajaan dan rakyat Republik India berikutan dengan kejadian pelanggaran kereta api yang berlaku di Balasore, Odisha, Republik India, baru-baru ini.
Sumber berita Pelita Brunei