Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat ke Manama, Kingdom of Bahrain
09/06/2023

hm_090623.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat ke Manama, Kingdom of Bahrain bagi mengadakan Keberangkatan Negara yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2023. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. 

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah ahli-ahli kerabat diraja. 

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-timbalan Menteri; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto