
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-77, Tahun 2023, berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.
Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abdul Rahman.
Juga berangkat paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.
Turut hadir pada majlis tersebut, tetamu-tetamu khas baginda, antaranya Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri; Menteri Kesihatan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Ong Ye Kung dan isteri; Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan isteri; Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Yang Berhormat Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan dan isteri; serta Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, (Chief of Defence Force, Royal Thai Armed Forces), Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Jeneral Chalermphon Srisawasdi dan isteri, serta para jemputan khas yang lain.
Majlis Persantapan dimulakan dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan', diikuti dengan bacaan Doa Selamat, dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Juga berangkat dan hadir, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri dan Manteri-manteri Pedalaman dan para Perwakilan Asing ke negara ini juga pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Pada akhir Majlis Persantapan tersebut juga diserikan dengan Persembahan Bunga Api yang berwarna-warni.
Majlis tersebut bukan sahaja memberi kesempatan kepada para tetamu khas negara bersua muka dan beramah mesra bersama raja yang kita kasihi serta kerabat diraja yang lain, bahkan ia merupakan peluang bagi para jemputan dalam negara sendiri untuk mengeratkan silaturahim di antara satu sama yang lain dalam sama-sama hadir, seterusnya memeriahkan majlis berkenaan.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto