Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Perkongsian strategik lakar hala tuju masa depan kedua-dua negara
03/10/2023

hm_0310234.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bersama Presiden Laos, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith bagi menghadiri Mesyuarat Dua Hala, yang mana antara lainnya membincangkan mengenai pembangunan sosioekonomi, hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Pada permulaan Mesyuarat Dua Hala tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menzahirkan penghargaan kepada Laos atas sambutan mesra dan layanan yang baik bagi Keberangkatan Negara ini serta melahirkan kegembiraan kerana dapat kembali ke negara ini sejak tahun keberangkatan terakhir baginda pada tahun 2016.

Dalam pada itu, penandatanganan Perkongsian Strategik akan melakarkan hala tuju masa depan hubungan antara kedua-dua buah negara, oleh itu baginda menyambut baik untuk terus bekerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan muhibbah dan persahabatan antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Laos.​

Terdahulu sebelum itu, Tuan Yang Terutama dalam ucapan alu-aluannya, menzahirkan penghargaan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas sambutan mesra yang dihulurkan semasa Lawatan Negara Tuan Yang Terutama ke NBD pada bulan Oktober tahun lepas.

Keberangkatan Negara Kebawah DYMM ke Laos menandakan pencapaian yang bersejarah ke arah meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara, dalam memperingati Ulang Tahun Ke-30.

Sejurus selepas Mesyuarat Dua Hala, Kebawah DYMM kemudian berangkat menghadiri Majlis Penandatanganan Joint Declaration, di mana baginda berkenan menandatangani Joint Declaration of a Strategic Partnership between Brunei Darussalam and the Lao People's Democratic Republic bersama Presiden Laos, TYT Thongloun Sisoulith.

Joint Declaration tersebut menandakan lembaran baharu dalam hubungan antara kedua-dua buah negara dalam kerjasama politik dan keselamatan, kerjasama ekonomi, sosio-kebudayaan, dan isu-isu serantau dan antarabangsa.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​