Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan hadiri Majlis Sambutan Rasmi Kenegaraan
03/10/2023

hm_0310232.jpg

Selepas berangkat ke Upacara Meletakkan Kalungan Bunga, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Istana Presiden 'Hor Kham' bagi menghadiri Majlis Sambutan Rasmi Kenegaraan, di mana keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Presiden Laos, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Majlis dimulakan dengan kedua-dua pemimpin menaiki Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat dengan diiringi dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara. Majlis diteruskan dengan pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Lao People's Armed Forces.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya disembahkenalkan kepada Menteri-menteri Kabinet Laos, diikuti dengan pengenalan ahli-ahli rombongan delegasi Negara Brunei Darussalam kepada Tuan Yang Terutama Presiden Laos.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​