Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah
30/10/2023

hm_301023.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi Yang Mulia Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu, Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di JPM.

Surat Perintah Lantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman tersebut turut dihadiri oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di JPM; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II; Timbalan Menteri di JPM; serta Setiausaha-setiausaha Tetap di JPM.

Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah dilantik sebagai Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM pada 24 Oktober 2023.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​