Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat ke San Francisco, Amerika Syarikat
15/11/2023

hm_1511232.jpg​​

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Asia-Pacific Economic Leaders' Meeting (AELM) yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2023. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM di Rimba di sini bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. 

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; Penasihat Khas Kebawah DYMM; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Menteri-menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; Timbalan-timbalan Menteri; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

AS akan menjadi tuan rumah APEC Economic Leaders' Meeting (AELM) selaku Pengerusi APEC untuk 2023 dan buat kali ketiga, selepas 1993 dan 2011 di Blake Islands dan Honolulu. 

Tema bagi mesyuarat kali ini adalah 'Mewujudkan Masa Depan Yang Berdaya Tahan dan Mampan Untuk Semua' (Creating a Resilient and Sustainable Future for All).

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​