Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Bincang perkara berkaitan perkhidmatan Syarikat Boeing
16/11/2023

hm_1611231.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Perjumpaan dengan Naib Presiden Kanan Syarikat Boeing dan Presiden Boeing Global, Dr. Brendan Nelson. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Majlis Perjumpaan dengan Dr. Brendan Nelson, berlangsung di Four Seasons. 

Majlis Perjumpaan tersebut adalah yang pertama antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Dr. Brendan Nelson, dan perbincangan termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan Syarikat Boeing.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​