Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Bina ekonomi inklusif, berdaya tahan
17/11/2023

hm_171123.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyatakan untuk membina ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan, APEC mesti terus menyokong sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan yang memastikan peluang-peluang yang sama dan persaingan yang adil. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga menekankan kepentingan inisiatif integrasi ekonomi serantau seperti Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) dan Info-Pacific Economic Framework (IPEF) dalam membuka kunci potensi penuh ekonomi APEC untuk kemakmuran yang lebih besar. 

Sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menekankan komitmen berterusan untuk mewujudkan Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) sebagai keutamaan dalam APEC. 

Perkara tersebut ditekankan oleh Kebawah DYMM dalam titah semasa berangkat menghadiri APEC Economic Leaders' Retreat (Sesi II) yang berlangsung di Moscone Center, San Francisco, Amerika Syarikat (AS). 

Baginda seterusnya bertitah mengiktiraf peranan APEC sebagai penggerak inovasi serta peluang-peluang dan risiko yang dibawa oleh kebangkitan Artificial Intelligence dan menekankan kepentingan terhadap penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan APEC terus menjadi rantau yang inovatif dan berpandangan ke hadapan dalam era digital ini. 

Selain itu, baginda bertitah menyeru agar penglibatan dengan semua pihak yang berkepentingan, dengan tumpuan kepada belia dan MSME dan mempromosikan pembangunan kemahiran digital mereka untuk memupuk inovasi sambil mengguna pakai dasar yang memudahkan akses pasaran antarabangsa yang akan memperkasakan mereka untuk bersaing di peringkat global. 

Dalam usaha ini, Kebawah DYMM bertitah mengetengahkan bahawa peranan APEC melalui ECOTECH sebagai inkubator idea adalah penting untuk proses APEC. 

Pada mengakhiri titah, baginda menyampaikan sokongan penuh Negara Brunei Darussalam (NBD) terhadap Peru sebagai Pengerusi APEC pada tahun 2024. 

Berangkat mengiringi Kebawah DYMM ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Terdahulu, Sesi II dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden AS, Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr., sebagai Pengerusi APEC bagi tahun 2023. Tuan Yang Terutama seterusnya menjemput Presiden Peru, Puan Yang Terutama Dina Boluarte, selaku Pengerusi APEC AELM akan datang untuk menyampaikan ucapan di mana Peru akan menjadi tuan rumah APEC bagi tahun 2024. 

Perbincangan dalam sesi berkenaan tertumpu kepada kesalinghubungan dan membina ekonomi yang inklusif serta berdaya tahan. 

Pada penghujung AELM berkenaan, APEC Leaders' 2023 Golden Gate Declaration Creating a Resilient and Sustainable Future for All telah dikeluarkan. 

Sebagai sebahagian daripada hasil APEC 2023, NBD, Indonesia dan Malaysia mengeluarkan satu Joint Statement on the occasion of the 30th APEC Economic Leaders' Meeting (AELM). 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​