Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kepentingan ilmu dalam bermunajat, bertaubat
07/12/2023
tmjpm_071223.jpg 

Untuk menyemarakkan lagi Sambutan Majlis Ilmu 2023 yang diadakan bersempena dengan acara Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun, Program Ceramah di Daerah-daerah telah diadakan serentak di Daerah Tutong, Temburong dan Belait.

Di Daerah Tutong majlis diadakan di Dewan Ma'had Islam Brunei, di sini.

Taubat adalah proses kembali kepada Allah, mengakui dosa-dosa, melahirkan perasaan penyesalan yang tulus dan niat untuk tidak mengulangi kesalahan pada masa depan.

Perkara tersebut adalah antara inti pati ceramah bertajuk 'Kepentingan Ilmu Dalam Bermunajat dan Bertaubat' yang disampaikan oleh Penceramah Khas, Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.

Hadir selaku tetamu khas bagi program berkenaan adalah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan; Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​​