Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
01/02/2024

hm_010224.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng. 

Majlis mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman. 

Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon; Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di NBD, Kolonel Peter Chee; Head of Joint Research Department, Kolonel Lim Huay Wen dan Head of Joint Manpower Department daripada Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Kolonel Joseph Peh. 

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. 

Tahun ini, NBD dan Republik Singapura melakar detik sejarah iaitu dengan sambutan 40 tahun hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara dengan mempunyai sejarah kerjasama di bidang pertahanan yang teguh, merangkumi lawatan-lawatan, pertukaran profesional, aset-aset, eksesais, latihan dan kursus. 

Dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman Kerjasama bidang Pertahanan pada tahun 2016 telah membuka ruang kerjasama pertahanan yang semakin berkembang. 

Salah satu pencapaian hubungan ini adalah penyerahan dua kapal peronda Tentera Laut Republik Singapura iaitu Kelas 'Fearless' kepada Tentera Laut Diraja Brunei pada tahun 2023 yang kini dinamakan KDB As-Siddiq dan KDB Al-Faruq. 

Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula dari 31 Januari hingga 2 Februari 2024.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​​​​