Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM berkenan mempengerusikan Mesyuarat Khas
06/02/2024

hm_060224.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perkahwinan Diraja, hari ini.

Berangkat sama pada mesyuarat yang berlangsung di Istana Nurul Iman, paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mesyuarat tersebut didahului dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Pada mesyuarat tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan mengurniakan titah.

Turut berangkat dan hadir, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Timbalan-timbalan Menteri serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perkahwinan Diraja. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​​