Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Qiamullail Ramadhan : Raih ganjaran pahala 10 malam terakhir
05/04/2024

mjpm_0504242.jpg

Bagi meraih ganjaran pahala berlipat ganda pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah awal pagi tadi menganjurkan Qiamullail Ramadhan bertempat di masjid berkenaan, di sini. 

Hadir pada Qiamullail Ramadhan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad. 

Qiamullail Ramadhan diisi dengan Sembahyang Sunat Tasbih secara berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

Ini dikuti dengan bacaan Wirid serta Doa Sembahyang Sunat Tasbih, dan diakhiri dengan bacaan Doa Munajat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Awang Haji Haris bin Haji Suboh. 

Qiamullail Ramadhan mengalu-alukan orang ramai untuk hadir bersama-sama ke masjid bagi meningkatkan amal ibadah di sepertiga akhir malam bulan Ramadan. 

Juga hadir, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan serta jemaah masjid.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​