Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Program Ihsan YSHHB ringankan beban golongan memerlukan
06/04/2024

mjpm_060424.jpg

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) sebagai wadah amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat baginda sentiasa memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. 

Sehubungan itu, YSHHB pagi tadi menyampaikan sumbangan kewangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak BND138,800 di samping sumbangan berbentuk makanan asasi serta kuih-muih dan minuman ringan kepada sebanyak 150 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negara melalui Program Ihsan YSHHB sempena bulan Ramadan 1445H bersamaan 2024M. 

Program ini juga sejajar dengan matlamat strategik YSHHB dalam mengimbangi pemedulian terhadap keperluan asasi golongan yang memerlukan. 

Penyampaian sumbangan melalui Program Ihsan YSHHB dikendalikan di beberapa buah kampung di keempat-empat daerah. 

Di Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB. 

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang  Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB. 

Sumbangan melalui Program Ihsan YSHHB ini adalah dihasratkan akan dapat membantu meringankan keperluan perbelanjaan dalam menyediakan keperluan keluarga di bulan Ramadan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan akan memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
​​​
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​