Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan menerima junjung ziarah jemaah haji negara
09/05/2024

hm_0905241.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada 1,033 orang bakal jemaah Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi Musim Haji Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi.

Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. 

Dari jumlah tersebut, seramai 493 orang merupakan bakal jemaah haji lelaki, manakala, seramai 540 orang terdiri daripada bakal jemaah wanita. 

Jumlah berkenaan termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji NBD (Pentadbiran dan Perubatan) dan pegawai pengiring syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji. 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

Sebelum Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah, bakal jemaah haji negara telah menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah dan menikmati jamuan tengah hari. 

Pada majlis itu, bakal jemaah haji negara menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia berupa pakaian ihram bagi jemaah haji lelaki dan telekung bagi jemaah haji perempuan. 

Bagi musim haji tahun ini terdapat tujuh buah syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji, iaitu Darussalam Services Sendirian Berhad, Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd, Raudah Al Amin Sdn Bhd, Titian Travel & Tours Sdn Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Dar El Ehsan Sdn Bhd dan Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd. 

Penerbangan bakal jemaah haji negara akan bermula pada 23 hingga 26 Mei nanti.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​