Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
DPMM berkenan menerima mengadap
14/05/2024

dpmm_140524.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah yang akan menamatkan perkhidmatan.

Tuan Yang Terutama Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021. Majlis tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan, di sini.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​