Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan terima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Hungary
16/05/2024

hm_160524.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Hungary, Tuan Yang Terutama Péter Szijjártó menekankan kembali mengenai komitmen masing-masing dalam mengukuhkan ikatan persahabatan yang sedia ada sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 1992. 

Semasa Majlis Mengadap tersebut petang tadi, kedua-dua belah pihak juga turut menyentuh mengenai perkara-perkara yang berkepentingan bersama untuk membangunkan kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Hungary seperti kerjasama di bawah bidang pendidikan, khususnya Memorandum Persefahaman (MoU) on Stipendium Hungaricum Scholarship antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Hungary yang telah ditandatangani pada 16 Mei 2024. 

Majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman di sini juga turut membincangkan ke arah mengukuhkan lagi kerjasama melalui Hubungan Dialog ASEAN-EU. 

Menyertai Tuan Yang Terutama semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Hungary ke NBD yang menetap di Singapura, Puan Yang Terutama Judit Pach. 

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof. 

Majlis Mengadap tersebut merupakan salah satu program Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Hungary, Tuan Yang Terutama Péter Szijjártó berserta rombongan yang dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto