Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kebawah DYMM akan adakan Keberangkatan Negara ke Republik Demokratik Timor-Leste
18/05/2024

hm_180524.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Keberangkatan Negara ke Republik Demokratik Timor-Leste pada 20 Mei 2024, atas undangan Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta, Presiden Republik Demokratik Timor-Leste.

Semasa di Dili, Timor-Leste nanti, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka akan berangkat menghadiri Upacara memperingati Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Demokratik Timor-Leste Ke-22, serta mengadakan perjumpaan dua hala secara berasingan bersama Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste dan Tuan Yang Terutama Kay Rala Xanana Gusmão, Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste.

Keberangkatan Negara ini merupakan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia buat julung kalinya ke Republik Demokratik Timor-Leste. Hubungan diplomatik telah ditubuhkan pada 20 Mei 2002, dan kedua-dua buah negara menikmati jalinan persahabatan dan hubungan kerjasama dua hala yang baik dalam bidang pendidikan dan pertukaran antara rakyat. Keberangkatan ini akan memberikan peluang kepada keduadua pemimpin untuk membincangkan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Sumber foto InfoFoto