Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Dasar dan Strategi Sektor Tenaga

Dasar dan Strategi Sektor Tenaga


STRATEGI TENAGA

1. Bertanggungjawab untuk membangun dan menyusun perancangan strategik Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, berdasarkan keutamaan Negara berpandukan kepada Wawasan 2035.

2. Memantau perkembangan dan kemajuan sektor tenaga (huluan minyak dan gas, hiliran minyak dan gas, elektrik dan bahan api) bagi memastikan pencapaian objektif strategik bagi ekonomi dan kesejahteraan Negara.

3. Membangun, memantau dan menerajui penyelarasan kedudukan dasar-dasar dan strategi-strategi yang berperanan sebagai pemacu sektor tenaga yang mampan dan berpelbagai serta memastikan pensejajaran dasar-dasar dan strategi-strategi di peringkat kebangsaan.

4. Membangun, melaksana, memantau dan melaporkan perkembangan Pelan-Pelan Strategik Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dibawah tiga (3) Teras Strategik Utama iaitu Teras Strategik 1: Mengembang Pendapatan Kerajaan dari Sektor Huluan dengan Mengambil Kira Cabaran Teknikal; Teras Strategik 2: Memperkembangkan Sektor Hiliran; dan Teras Strategik 3: Menyediakan Bekalan Tenaga dan Bahan Api yang Berterusan dan Selamat sebagai Peneraju Ekonomi, dan juga KPI-KPI yang berkenaan.


PENGURUSAN DATA TENAGA & INTEL

1. Mengikuti, memantau dan meneliti perkembangan dan trend sektor tenaga termasuk pasaran di peringkat Negara, serantau dan antarabangsa, yangmana mempunyai pengaruh terhadap sektor berkenaan dan juga ekonomi Negara secara menyeluruh.

2. Penelitian, pengumpulan dan pengurusan data-data yang diterima daripada pihak-pihak yang berkepentingan di sektor-sektor huluan, hiliran, dan bahan bakar api, dan seterusnya membekalkan dan mengeluarkan data-data berkenaan yang sudah melalui reconciliation bagi tujuan kegunaan dalaman dan juga pihak ketiga.

3. Meneliti dan melaporkan kesemua data-data yang diterima daripada industri tenaga, dan membuat analisa strategik, dan seterusnya memberi cadangan strategik bagi mana-mana jurang yang telah dikenalpasti terutamanya bagi perkara-perkara yang boleh mempengaruhi pencapaian objektif-objektif strategik Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.​