Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Projek Strategik Sektor Tenaga

Projek Strategik Sektor Tenaga

Peranan Bahagian Projek Strategik Sektor Tenaga adalah dalam menguruskan projek dan inisiatif – inisiatif strategik yang baharu dalam sektor tenaga termasuk projek transnasional, projek yang berkaitan dengan  huluan, hiliran dan sektor kuasa elektrik. Dimana, peranan utama Bahagian ini adalah untuk memastikan projek-projek ini sejajar dengan misi dan matlamat strategik Wawasan Brunei 2035 serta menepati Visi dan Misi  Jabatan Tenaga. Dalam mencapai matlamat ini, bahagian ini akan menyediakan penyelarasan menyeluruh bagi semua projek strategik, membimbing serta menyelaraskan strategi dan pelan pelaksanaan bersama kementerian – kementerian lain dan juga memberikan sokongan dalam mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan projek strategik.​